Buka aplikasi Video untuk menonton filem, rancangan TV dan video muzik. Untuk menonton podcast video, pasang aplikasi Podcast percuma daripada App Store—lihat Podcast sekilas pandang. Untuk menonton video yang anda rakam menggunakan Kamera pada iPhone, buka aplikasi Foto.

Ketik video untuk memainkannya. Pilih daripada tab kategori video di bahagian bawah skrin. Ketik butang Kedai untuk menambah pada pustaka anda. Ketik butang Edit untuk memadamkan video.

AMARAN: Untuk maklumat penting mengenai mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting.

  • Tonton video. Ketik video dalam senarai video.

  • Bagaimana dengan video anda rakam dengan iPhone? Buka aplikasi Foto.

  • Strim atau muat turun? Jika ikon iCloud muncul pada imej kecil video, anda boleh menontonnya tanpa memuat turunnya ke iPhone, walaupun anda mempunyai sambungan Internet. Untuk memuat turun video ke iPhone aga anda boleh menonton tanpa menggunakan Wi-Fi atau sambungan selular, ketik butang muat turun dalam butiran video.

  • Mencari podcast atau video iTunes U? Muat turun aplikasi Podcast atau iTunes U percuma daripada App Store.

  • Setkan pemasa tidur. Buka aplikasi Jam dan ketik Pemasa, kemudian leret untuk mengesetkan bilangan jam dan minit. Ketik Apabila Pemasa Tamat dan pilih Berhenti Bermain, ketik Set, kemudian ketik Mula.