Dalam banyak aplikasi, anda boleh mengetik Kongsi atau untuk melihat perkongsian dan pilihan lain. Pilihan berbeza-beza bergantung pada aplikasi yang anda gunakan.
AirDrop (iPhone 5 atau lebih baru) membolehkan anda berkongsi foto, video anda, tapak web menarik, lokasi dan item lain secara wayarles dengan peranti iOS 7 lain yang berdekatan yang menyokong AirDrop. AirDrop memerlukan akaun iCloud dan memindahkan info menggunakan Wi-Fi dan Bluetooth. Anda mesti berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama atau dalam jarak lebih kurang 30 kaki (10 meter) dari peranti lain itu. Pemindahan disulitkan untuk keselamatan.
Kongsi item menggunakan AirDrop. Ketik Kongsi atau , kemudian ketik AirDrop dan ketik nama pengguna AirDrop berdekatan. AirDrop juga tersedia dalam Pusat Kawalan—hanya leret ke atas dari pinggir bawah skrin.
Terima item AirDrop daripada orang lain. Leret ke atas dari pinggir bawah skrin untuk membuka Pusat Kawalan. Ketik AirDrop, kemudian pilih untuk menerima item daripada Kenalan sahaja atau daripada Semua Orang. Anda boleh menerima atau menolak.
Tambah foto atau video pada strim dikongsi: Ketik iCloud (pilihan perkongsian dalam aplikasi Foto), tambah komen jika anda suka, pilih strim (atau cipta yang baru), kemudian ketik Siar.
Gunakan Twitter, Facebook, Flickr atau Vimeo. Daftar masuk ke akaun anda dalam Seting. Butang perkongsian Twitter, Facebook, Flickr dan Vimeo membawa anda ke seting yang bersesuaian jika anda masih belum mendaftar masuk.
Nota: Apabila anda menulis tweet, nombor di penjuru kanan bawah skrin menunjukkan baki aksara yang boleh anda masukkan. Lampiran menggunakan beberapa daripada 140 aksara tweet.