Gunakan AirPlay untuk menstrim muzik, foto dan video secara wayarles ke Apple TV dan peranti didayakan AirPlay yang lain pada rangkaian Wi-Fi yang sama seperti iPhone.

  • Paparkan kawalan AirPlay. Leret ke atas dari pinggir bawah skrin untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang AirPlay.

  • Strim kandungan. Ketik butang AirPlay, kemudian pilih peranti yang anda mahu strimkan .

  • Tukar kembali kepada iPhone. Ketik butang AirPlay, kemudian pilih iPhone.

  • Cerminkan skrin iPhone pada TV. Ketik butang AirPlay, pilih Apple TV, kemudian ketik Pencerminan. Bar biru muncul di bahagian atas skrin iPhone semasa pencerminan AirPlay diaktifkan.

Anda juga boleh menyambungkan iPhone ke TV, projektor atau paparan luaran lain menggunakan kabel atau penyesuai Apple yang bersesuaian. Lihat support.apple.com/kb/HT4108.