Gunakan AirPrint untuk mencetak secara wayarles ke pencetak yang didayakan AirPrint, dari aplikasi seperti Mail, Foto dan Safari. Banyak lain yang tersedia daripada App Store juga mungkin menyokong AirPrint.

iPhone dan pencetak mesti berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai AirPrint, lihat support.apple.com/kb/HT4356.

  • Cetak dokumen. Ketik butang balas atau butang tindakan (bergantung pada aplikasi yang anda gunakan).

  • Lihat status kerja cetakan. Dwiklik butang Utama, kemudian ketik Pusat Cetakan. Lencana pada ikon aplikasi menunjukkan bilangan dokumen yang dibariskan untuk dicetak.

  • Batalkan tugas. Pilihnya dalam Pusat Cetakan, kemudian ketik Batalkan Cetakan.