Banyak aplikasi termasuk medan carian yang mana anda boleh menaip untuk mencari sesuatu yang diketahui oleh aplikasi. Dengan Carian Spotlight, anda boleh mencari semua aplikasi sekaligus.

  • Cari dalam iPhone. Tarik ke bawah bahagian tengah skrin Utama untuk mendedahkan medan carian. Hasil kelihatan semasa anda menaip; untuk menyembunyikan papan kekunci dan melihat lagi hasil pada skrin, ketik Cari. Ketik item dalam senarai untuk membukanya.

Anda juga boleh menggunakan Carian Spotlight untuk mencari dan membuka aplikasi.

Tarik ke bawah skrin Utama untuk mendedahkan medan carian.
  • Pilih aplikasi dan kandungan yang dicari. Pergi ke Seting > Umum > Carian Spotlight. Anda juga boleh menukar tertib carian.