iPhone mempunyai bateri litium ion dalaman yang boleh dicas semula . Untuk maklumat lanjut mengenai bateri—termasuk petua untuk memaksimumkan hayat bateri—lihat www.apple.com/my/batteries.

AMARAN: Untuk maklumat keselamatan penting mengenai bateri dan mengecas iPhone, lihat Maklumat keselamatan penting.

  • Cas bateri. Sambungkan iPhone ke soket kuasa menggunakan kabel dan penyesuai kuasa USB yang disertakan.

iPhone disambungkan ke penyesuai kuasa.

Nota: Menyambungkan iPhone ke soket kuasa boleh memulakan sandaran iCloud atau penyelarasan wayarles iTunes. Lihat Sandarkan iPhone dan Selaraskan dengan iTunes.

Anda juga boleh mengecas bateri dengan menyambungkan iPhone ke komputer anda, yang turut membenarkan anda menyelaras iPhone dengan iTunes. Lihat Selaraskan dengan iTunes. Melainkan papan kekunci anda mempunyai port USB 2.0 atau 3.0 yang berkuasa tinggi, anda mesti sambungkan iPhone ke port USB 2.0 atau 3.0 pada komputer anda.

Penting: Bateri iPhone mungkin kehilangan kuasa dan bukannya di cas jika iPhone disambungkan ke komputer yang dimatikan atau dalam mod tidur atau bersiap sedia.

Ikon bateri di penjuru kanan atas menunjukkan paras bateri atau status pengecasan. Untuk memaparkan peratusan cas bateri yang tinggal, pergi ke Seting > Umum > Penggunaan. Apabila anda menyelaras atau menggunakan iPhone, masa yang lebih lama diperlukan untuk mengecas bateri.

Ikon Bateri dengan kilat yang menunjukkan bateri sedang dicas.

Penting: Jika iPhone mempunyai kuasa yang sangat rendah, ia mungkin memaparkan imej bateri yang hampir kosong yang menandakan bahawa iPhone perlu dicas sehingga sepuluh minit sebelum anda boleh menggunakannya. Jika iPhone amat rendah kuasanya, paparan mungkin menjadi kosong sehingga selama dua minit sebelum imej bateri rendah muncul.

Bateri yang boleh dicas semula mempunyai bilangan kitar pengecasan yang terhad dan mungkin akhirnya perlu digantikan. Bateri iPhone tidak boleh digantikan oleh pengguna; ia boleh digantikan oleh Pembekal Khidmat Sah Apple. Lihat tapak web Program Penggantian Bateri.