EarPod Apple dengan Kawalan Jauh dan Mikrofon (iPhone 5 atau lebih baru) dan Fon Telinga Apple dengan Kawalan Jauh dan Mikrofon (iPhone 4s atau lebih awal) menampilkan mikrofon, butang kelantangan dan butang tengah, yang membolehkan anda menjawab dan menamatkan panggilan dan mengawal main balik audio dan video, walaupun iPhone dikunci.

Headset, dengan butang tengah pada kord ke alat cuping telinga kanan.
  • Gunakan butang tengah untuk mengawal main balik muzik.

  • Jeda lagu atau video: Tekan butang tengah. Tekan sekali lagi untuk meneruskan main balik.

  • Langkau ke lagu seterusnya: Tekan butang tengah dua kali dengan cepat.

  • Kembali ke lagu sebelumnya: Tekan butang tengah tiga kali dengan cepat.

  • Maju pantas: Tekan butang tengah dua kali dengan cepat dan tahan.

  • Putar balik: Tekan butang tengah tiga kali dengan cepat dan tahan.

  • Gunakan butang tengah untuk menjawab atau menamatkan panggilan.

  • Jawab panggilan masuk: Tekan butang tengah.

  • Tamatkan panggilan semasa: Tekan butang tengah.

  • Tolak panggilan masuk: Tekan dan tahan butang tengah untuk lebih kurang dua saat, kemudian lepaskan. Dua bunyi bip rendah mengesahkan bahawa anda telah menolak panggilan.

  • Beralih ke panggilan masuk atau menunggu dan tahan panggilan semasa: Tekan butang tengah. Tekan sekali lagi untuk beralih semula ke panggilan pertama.

  • Beralih ke panggilan masuk atau panggilan menunggu dan tamatkan panggilan semasa: Tekan dan tahan butang tengah untuk lebih kurang dua saat, kemudian lepaskan. Dua bunyi bip rendah mengesahkan bahawa anda telah menamatkan panggilan pertama.