Gunakan Hotspot Peribadi untuk berkongsi sambungan Internet iPhone anda. Komputer juga boleh berkongsi sambungan Internet anda menggunakan Wi-Fi, Bluetooth atau kabel USB. Peranti iOS lain boleh berkongsi sambungan menggunakan Wi-Fi. Hotspot Peribadi berfungsi hanya jika iPhone disambungkan kepada Internet melalui rangkaian data selular.

Nota: Ciri ini mungkin tidak tersedia dengan semua pembawa. Bayaran tambahan mungkin dikenakan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Kongsi sambungan Internet. Pergi ke Seting > Selular dan ketik Sediakan Hotspot Peribadi—jika ia muncul—untuk menyediakan perkhidmatan dengan pembawa anda.

Selepas anda mengaktifkan Hotspot Peribadi, peranti lain boleh bersambung dalam cara berikut:

  • Wi-Fi:  Pada peranti, pilih iPhone anda daripada senarai rangkaian Wi-Fi yang tersedia.

  • USB:  Sambungkan iPhone anda ke komputer anda menggunakan kabel yang datang bersamanya. Dalam keutamaan Rangkaian komputer anda, pilih iPhone dan konfigurasikan seting rangkaian.

  • Bluetooth:  Pada iPhone, pergi ke Seting > Bluetooth dan aktifkan Bluetooth. Untuk memasangkan dan menyambungkan iPhone ke peranti anda, rujuk pada dokumentasi yang datang dengan komputer anda.

Nota: Apabila peranti disambungkan, jalur biru muncul pada bahagian atas skrin iPhone. Ikon Hotspot Peribadi muncul dalam bar status peranti iOS yang menggunakan Hotspot Peribadi.

  • Tukar kata laluan Wi-Fi untuk iPhone: Pergi ke Seting > Hotspot Peribadi > Kata Laluan Wi-Fi, kemudian masukkan kata laluan dengan sekurang-kurangnya 8 aksara.

  • Awasi penggunaan rangkaian data selular anda: Pergi ke Seting > Selular. Lihat Seting Selular.