Isyarat memberitahu anda mengenai peristiwa penting. Ia boleh muncul seketika di bahagian atas skrin atau kekal di bahagian tengah skrin sehingga anda menanganinya.
Sesetengah aplikasi mungkin termasuk lencana pada ikon skrin Utama mereka, untuk memaklumkan anda mengenai bilangan item baru yang menunggu—contohnya, bilangan mesej e-mel baru. Jika terdapat masalah—seperti mesej yang tidak boleh dihantar—tanda seruan muncul pada lencana. Pada folder, lencana bernombor menunjukkan jumlah pemberitahuan untuk semua aplikasi di dalam.
Isyarat juga boleh muncul pada skrin Kunci.
Beri respons kepada isyarat apabila iPhone dikunci. Leret isyarat dari kiri ke kanan.
Senyapkan isyarat anda. Pergi ke Seting > Jangan Ganggu.
Setkan bunyi dan getaran. Pergi ke Seting > Bunyi.