Jangan Ganggu ialah cara yang mudah untuk menyenyapkan iPhone, sama ada anda keluar makan malam atau masuk tidur. Ia memastikan panggilan dan isyarat tidak mengeluarkan sebarang bunyi atau menghidupkan skrin.
Aktifkan Jangan Ganggu. Leret ke atas dari pinggir bawah skrin untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik . Apabila Jangan Ganggu aktif, muncul dalam bar status.
Nota: Penggera masih berbunyi, walaupun apabila Jangan Ganggu aktif. Untuk memastikan iPhone kekal senyap, matikannya.
Konfigurasikan Jangan Ganggu. Pergi ke Seting > Jangan Ganggu.
Anda boleh menjadualkan waktu senyap, membenarkan panggilan daripada Kegemaran anda atau kumpulan kenalan dan membenarkan panggilan berulang masuk untuk situasi kecemasan. Anda juga boleh mengesetkan sama ada Jangan Ganggu menyenyapkan iPhone hanya apabila ia dikunci atau walaupun apabila ia dibuka kunci.