Cari iPhone Saya membantu anda mencari dan melindungi iPhone anda menggunakan aplikasi percuma Cari iPhone Saya (tersedia di App Store) pada iPhone, iPad atau iPod touch atau menggunakan Mac atau pelayar web PC yang didaftar masuk ke www.icloud.com/find. Cari iPhone Saya termasuk Kunci Pengaktifan, yang menyukarkan orang lain menggunakan atau menjual iPhone anda jika anda kehilangannya. Apple ID dan kata laluan anda diperlukan untuk menyahaktifkan Cari iPhone Saya atau untuk memadamkan dan mengaktifkan semula iPhone anda.

  • Aktifkan Cari iPhone Saya. Pergi ke Seting > iCloud > Cari iPhone Saya.

Penting: Untuk menggunakan ciri Cari iPhone Saya, Cari iPhone Saya mesti diaktifkan sebelum iPhone anda hilang. iPhone mesti berupaya bersambung ke Internet untuk anda mencari dan mendapatkan kembali peranti tersebut.

  • Gunakan Cari iPhone Saya. Buka aplikasi Cari iPhone Saya pada peranti iOS atau pergi ke www.icloud.com/find pada komputer anda. Daftar masuk dan pilih peranti anda.

  • Mainkan Bunyi:  Mainkan bunyi selamat dua minit.

  • Mod Hilang:  Anda boleh mengunci iPhone anda yang hilang dengan segera dengan kod laluan dan menghantarnya mesej yang memaparkan nombor kenalan. iPhone turut menjejak dan melaporkan lokasinya, agar anda boleh melihat di mana ia berada apabila anda menyemak aplikasi Cari iPhone Saya:

  • Padam iPhone:  Melindungi privasi anda dengan memadamkan semua maklumat dan media pada iPhone anda dan memilihkan iPhone ke seting kilang asal.

Nota: Sebelum menjual atau memberi iPhone anda kepada orang lain, anda mestilah memadamkannya sepenuhnya untuk mengeluarkan semua data peribadi anda dan menyahaktifkan Kunci Pengaktifan Cari iPhone Saya. Pergi ke Seting > Umum > Reset > Padam Semua Kandungan dan Seting. Lihat Jual atau beri iPhone kepada orang lain?.