Untuk keselamatan lebih baik, anda boleh mengesetkan kod laluan yang mesti dimasukkan setiap kali anda menghidupkan atau bangunkan iPhone.

  • Setkan kod laluan. Pergi ke Seting > Touch ID & Kod Laluan (iPhone 5s) atau Seting > Kod Laluan (model lain) dan setkan kod laluan 4 digit.

Mengeset kod laluan mengaktifkan perlindungan data, menggunakan kod laluan anda sebagai kunci untuk menyulitkan mesej Mail dan lampiran yang disimpan pada iPhone, menggunakan penyulitan AES 256 bit. (Aplikasi lain juga mungkin menggunakan perlindungan data.)

  • Tambah keselamatan. Nyahaktifkan Kod Laluan Ringkas dan gunakan kod laluan yang lebih panjang. Untuk memasukkan kod laluan yang merupakan gabungan nombor dan huruf, anda perlu menggunakan papan kekunci. Jika anda lebih suka membuka kunci iPhone menggunakan pad kekunci angka, cipta kod laluan yang menggunakan nombor sahaja.

  • Tambah cap jari dan setkan pilihan untuk sensor Touch ID. (iPhone 5s) Pergi ke Seting > Touch ID & Kod Laluan. Lihat Sensor Touch ID.

  • Benarkan akses ke ciri apabila iPhone dikunci. Pergi ke Seting > Touch ID & Kod Laluan (iPhone 5s) atau Seting > Kod Laluan (model lain). Ciri-ciri pilihan termasuk:

  • Benarkan akses ke Pusat Kawalan apabila iPhone dikunci. Pergi ke Seting > Pusat Kawalan. Lihat Pusat Kawalan.

  • Padam data selepas sepuluh percubaan kod laluan yang gagal. Pergi ke Seting > Touch ID & Kod Laluan (iPhone 5s) atau Seting > Kod Laluan (model lain), kemudian ketik Padam Data. Selepas sepuluh percubaan kod laluan yang gagal, semua seting akan direset, dan semua maklumat dan media anda dipadam dengan mengeluarkan kunci penyulitan data tersebut.

Jika anda terlupa kod laluan, anda mesti memulihkan perisian iPhone. Lihat Pulihkan iPhone.