Rantai Kunci iCloud menyimpan nama pengguna dan kata laluan tapak web anda dan maklumat kad kredit yang anda sediakan dengan Safari, dikemas kini pada iPhone dan peranti iOS lain yang anda tetapkan dan Mac yang menjalankan OS X Mavericks.
Rantai Kunci iCloud berfungsi dengan Penjana Kata Laluan Safari dan Isi Auto. Apabila anda menyediakan akaun baru, Penjana Kata Laluan Safari mencadangkan kata laluan unik yang sukar untuk diteka. Anda boleh menggunakan Isi Auto agar iPhone memasukkan info nama pengguna dan kata laluan anda, menjadikan log masuk mudah. Lihat Lengkapkan borang.
Nota: Sesetengah tapak web tidak menyokong Isi Auto.
Rantai Kunci iCloud berfungsi pada semua peranti iOS 7 anda dan Mac yang menjalankan OS X Mavericks. Rantai Kunci iCloud dilindungi dengan penyulitan AES 256 bit semasa storan dan penghantaran dan tidak boleh dibaca oleh Apple.
Sediakan Rantai Kunci iCloud. Pergi ke Seting > iCloud > Rantai Kunci. Aktifkan Rantai Kunci iCloud dan ikuti arahan atas skrin. Jika anda telah menyediakan Rantai Kunci iCloud pada peranti lain, anda perlu membenarkan penggunaan Rantai Kunci iCloud dari salah satu peranti tersebut atau menggunakan Kod Keselamatan iCloud anda.
Penting: Jika anda terlupa Kod Keselamatan iCloud anda, anda perlu bermula semula dan menyediakan Rantai Kunci iCloud anda sekali lagi.
-
Sediakan Isi Auto. Pergi ke Seting > Safari > Kata Laluan & Isi Auto. Pastikan Nama dan Kata Laluan dan Kad Kredit, diaktifkan (ia aktif secara lalai). Untuk menambah info kad kredit, ketik Kad Kredit Disimpan.
Kod keselamatan untuk kad kredit anda tidak disimpan—anda perlu memasukkannya secara manual.
Untuk mengisi nama, kata laluan atau info kad kredit secara automatik pada tapak yang menyokongnya, ketik medan teks, kemudian ketik Isi Auto.
Untuk melindungi maklumat peribadi anda, setkan kod laluan jika anda mengaktifkan Rantai Kunci iCloud dan Isi Auto.