Anda boleh menggunakan peranti Bluetooth dengan iPhone, termasuk headset, kit kereta, fon kepala stereo atau Papan Kekunci Wayarles Apple. Untuk profil Bluetooth yang disokong, lihat support.apple.com/kb/HT3647.
AMARAN: Untuk maklumat penting mengenai mengelakkan kehilangan pendengaran dan mengelakkan gangguan semasa memandu, lihat Maklumat keselamatan penting.
Nota: Untuk menggunakan aksesori tertentu dengan iPhone mungkin menjejaskan prestasi wayarles. Bukan semua aksesori iPod dan iPad serasi sepenuhnya dengan iPhone. Mengaktifkan mod pesawat boleh mencegah gangguan audio antara iPhone dan aksesori. Mengubah orientasi atau menempatkan semula iPhone dan aksesori bersambung boleh meningkatkan prestasi wayarles.
Hidupkan Bluetooth. Pergi ke Seting > Bluetooth.
Sambung ke peranti Bluetooth. Ketik peranti dalam senarai Peranti, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk bersambung kepadanya. Lihat dokumentasi yang datang bersama peranti untuk maklumat mengenai perpasangan Bluetooth. Untuk maklumat mengenai cara menggunakan Papan Kekunci Wayarles Apple, lihat Gunakan Papan Kekunci Wayarles Apple.
iPhone mesti berada dalam lingkungan 30 kaki (10 meter) dari peranti Bluetooth.
Kembalikan output audio ke iPhone. Matikan atau batalkan perpasangan peranti, nyahaktifkan Bluetooth dalam Seting > Bluetooth atau gunakan AirPlay untuk menukarkan output audio ke iPhone. Lihat AirPlay. Output audio kembali ke iPhone pada bila-bila masa peranti Bluetooth di luar liputan.
Langkau peranti Bluetooth anda. Untuk menggunakan penerima iPhone atau speaker untuk panggilan telefon:
Jawab panggilan dengan mengetik skrin iPhone.
Semasa panggilan, ketik Audio dan pilih iPhone atau Telefon Speaker.
Matikan peranti Bluetooth, batalkan perpasangan atau bergerak ke luar liputan.
Nyahaktifkan Bluetooth dalam Seting > Bluetooth.
Batal perpasangan peranti. Pergi ke Seting > Bluetooth, ketik bersebelahan peranti, kemudian ketik “Lupakan Peranti ini.” Jika anda tidak dapat melihat senarai Peranti, pastikan Bluetooth diaktifkan.