• Susun aplikasi. Sentuh dan tahan sebarang aplikasi pada Skrin utama sehingga ia bergoyang, kemudian seret aplikasi ke sekitar. Seret aplikasi ke pinggir skrin untuk mengalihkannya ke skrin Utama berlainan atau ke Dock di bahagian bawah skrin. Tekan butang Utama untuk menyimpan aturan anda.

Jari meneret aplikasi ke pinggir kanan skrin. Di sebelah kanan ialah satu lagi Skrin utama yang menunjukkan aplikasi tersebut pada skrin baru.
  • Cipta Skrin utama baru. Semasa menyusun ikon, seret aplikasi ke pinggir kanan Skrin utama terakhir. Titik di atas Dock menunjukkan bilangan skrin Utama yang anda miliki dan skrin yang sedang anda lihat.

Anda juga boleh menyesuaikan skrin Utama dengan menggunakan iTunes, apabila iPhone disambungkan ke komputer anda. Dalam iTunes, pilih iPhone, kemudian klik Aplikasi.

  • Mula semula. Pergi ke Seting > Umum > Reset, kemudian ketik Reset Tataletak Skrin Utama untuk mengembalikan Skrin utama dan aplikasi kepada tataletak asalnya. Folder dikeluarkan dan hias latar asal dipulihkan.