Seting Privasi membolehkan anda melihat dan mengawal aplikasi dan perkhidmatan sistem yang mempunyai akses kepada Perkhidmatan Lokasi dan kepada kenalan, kalendar, peringatan dan foto.

Perkhidmatan Lokasi membenarkan aplikasi berdasarkan lokasi seperti Peringatan, Peta dan Kamera untuk mengumpul dan menggunakan data yang menunjukkan lokasi anda. Perkhidmatan Lokasi menggunakan maklumat yang tersedia daripada rangkaian data selular, rangkaian Wi-Fi tempatan (jika anda telah mengaktifkan Wi-Fi) dan GPS (mungkin tidak tersedia di semua kawasan). Data lokasi yang dikumpulkan oleh Apple tidak dikumpul dalam bentuk yang mengenal pasti anda secara peribadi. Apabila aplikasi menggunakan Perkhidmatan Lokasi, ikon Perkhidmatan Lokasi muncul dalam bar menu.

  • Aktifkan atau nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi. Pergi ke Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi. Anda boleh menyahaktifkannya untuk beberapa atau semua aplikasi dan perkhidmatan. Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi, anda akan digesa untuk mengaktifkannya semula pada kali seterusnya aplikasi atau perkhidmatan cuba menggunakannya.

  • Nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk perkhidmatan sistem. Beberapa perkhidmatan sistem, seperti penentukuran kompas dan iAds berdasarkan lokasi, menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Untuk melihat statusnya, aktifkan atau nyahaktifkannya, atau tunjukkan ikon Perkhidmatan Lokasi dalam bar menu apabila perkhidmatan ini menggunakan lokasi anda, pergi ke Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem.

  • Nyahaktifkan akses kepada maklumat peribadi. Pergi ke Seting > Privasi. Anda boleh melihat aplikasi dan ciri yang mana telah meminta dan diberikan akses kepada maklumat berikut:

  • Kenalan

  • Kalendar

  • Peringatan

  • Foto

  • Perkongsian Bluetooth

  • Mikrofon

  • Twitter

  • Facebook

Anda boleh menyahaktifkan akses setiap aplikasi kepada setiap kategori maklumat. Semak terma dan dasar privasi untuk setiap aplikasi pihak ketiga untuk memahami cara ia menggunakan data yang dimintanya.