Pusat Kawalan, dengan mod pesawat, wi-fi, Bluetooth, Jangan Ganggu dan butang Kunci Potret sepanjang bahagian atas, kawalan kecerahan skrin di bawah, info Kini Dimainkan di bawahnya dengan kawalan main balik audio, butang AirDrop dan AirPlay di bawahnya dan di bahagian dasar, butang lampu suluh, jam, kalkulator dan kamera.

Pusat Kawalan memberi anda akses cepat kepada kamera, lampu suluh, AirDrop (iPhone 5 atau lebih baru), AirPlay, pemasa, kawalan main balik audio dan banyak ciri berguna yang lain. Anda boleh melaraskan kecerahan, mengunci skrin dalam orientasi potret, mengaktifkan atau menyahaktifkan perkhidmatan wayarles dan mengaktifkan AirDrop untuk bertukar foto dan item lain dengan peranti iOS 7 berdekatan yang menyokong AirDrop. Lihat AirDrop, iCloud dan cara lain untuk berkongsi.

  • Buka Pusat Kawalan. Leret ke atas dari pinggir bawah mana-mana skrin (Skrin kunci juga).

  • Buka aplikasi audio yang dimainkan sekarang. Ketik tajuk lagu.

  • Tutup Pusat Kawalan. Leret ke bawah, ketik bahagian atas skrin atau tekan butang Utama.

  • Nyahaktifkan akses kepada Pusat Kawalan dalam aplikasi atau pada Skrin kunci. Pergi ke Seting > Pusat Kawalan.