Semak semula teks. Sentuh dan tahan teks untuk memaparkan kanta pembesar, kemudian seret bagi menempatkan titik pemasukan.
Pilih teks. Ketik titik pemasukan untuk memaparkan pilihan pemilihan. Atau dwiketik perkataan untuk memilihnya. Seret titik cekup untuk memilih lebih banyak atau kurang teks. Dalam dokumen baca sahaja, seperti halaman web, ketik dan tahan untuk memilih perkataan.
Anda boleh memotong, menyalin atau menampal ke atas teks yang dipilih. Dengan beberapa aplikasi, anda boleh mendapatkan teks tebal, italik atau bergaris bawah (ketik B/I/U); dapatkan definisi perkataan; atau biar iPhone mencadangkan alternatif. Ketik untuk melihat semua pilihan.
Buat asal pengeditan terakhir. Goncang iPhone, kemudian ketik Buat Asal.