Anda boleh menggunakan Papan Kekunci Wayarles Apple (tersedia secara berasingan) untuk memasukkan teks pada iPhone anda. Papan kekunci bersambung melalui Bluetooth, jadi anda mesti memasangkannya dengan iPhone terlebih dahulu.

  • Pasangkan Papan Kekunci Wayarles Apple dengan iPhone. Hidupkan papan kekunci, pergi ke Seting > Bluetooth dan aktifkan Bluetooth, kemudian ketik papan kekunci apabila ia muncul dalam senarai Peranti.

Setelah dipasangkan, papan kekunci bersambung semula ke iPhone pada bila-bila masa ia dalam liputan—sehingga 30 kaki (10 meter). Apabila ia disambungkan, papan kekunci atas skrin tidak muncul.

  • Jimatkan bateri anda. Nyahaktifkan Bluetooth dan papan kekunci wayarles apabila tidak digunakan. Anda boleh menyahaktifkan Bluetooth butang maklumat lanjut dalam Pusat Kawalan. Untuk mematikan papan kekunci, tahan suis Hidup/Mati sehingga lampu hijau padam.

  • Putuskan perpasangan papan kekunci wayarles. Pergi ke Seting > Bluetooth, ketik butang maklumat lanjut bersebelahan nama papan kekunci, kemudian ketik “Lupakan Peranti Ini.”

Lihat Peranti Bluetooth.