Pintasan membolehkan anda memasukkan perkataan atau frasa dengan menaip hanya beberapa aksara. Contohnya, taipkan “omw” untuk memasukkan “On my way!” Ini telah disediakan untuk anda—untuk menambah lagi, pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci.
Cipta pintasan. Pergi ke Seting > Umum > Papan kekunci, kemudian ketik Tambah Pintasan Baru.
Ada perkataan atau frasa yang anda gunakan dan tidak mahu ia dibetulkan? Cipta pintasan, tetapi biarkan medan Pintasan kosong.
Gunakan iCloud untuk memastikan kamus peribadi anda dikemas kini pada peranti lain anda: Pergi ke Seting > iCloud, kemudian aktifkan Dokumen & Data.