Pintasan membolehkan anda memasukkan perkataan atau frasa dengan menaip hanya beberapa aksara. Contohnya, taipkan “omw” untuk memasukkan “On my way!” Ini telah disediakan untuk anda—untuk menambah lagi, pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci.

Mesej dengan huruf OMW ditaipkan dan gelembung teks di atas dengan perkataan On my way!
  • Cipta pintasan. Pergi ke Seting > Umum > Papan kekunci, kemudian ketik Tambah Pintasan Baru.

  • Ada perkataan atau frasa yang anda gunakan dan tidak mahu ia dibetulkan? Cipta pintasan, tetapi biarkan medan Pintasan kosong.

  • Gunakan iCloud untuk memastikan kamus peribadi anda dikemas kini pada peranti lain anda: Pergi ke Seting > iCloud, kemudian aktifkan Dokumen & Data.