Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri menaip, seperti semak ejaan; menambah papan kekunci untuk menulis dalam bahasa lain; dan menukar tataletak papan kekunci atas skrin anda atau Papan Kekunci Wayarles Apple.

  • Setkan ciri menaip. Pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci.

  • Tambah papan kekunci untuk bahasa lain. Pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci > Tambah Papan Kekunci Baru.

  • Bertukar papan kekunci. Jika anda telah menyediakan papan kekunci untuk bahasa lain dalam Seting > Umum > Antarabangsa > Papan Kekunci, anda boleh bertukar antaranya dengan menekan Command-Space.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai papan kekunci antarabangsa, lihat Gunakan papan kekunci antarabangsa.

  • Tukar tataletak papan kekunci. Pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci, pilih papan kekunci, kemudian pilih tataletak.