Dapatkan suhu semasa dan ramalan enam hari untuk satu atau lebih bandar di sekeliling dunia, dengan ramalan ikut jam untuk 12 jam akan datang. Cuaca menggunakan Perkhidmatan Lokasi untuk mendapatkan ramalan untuk lokasi semasa anda.

Skrin cuaca yang menunjukkan bandar, keadaan semasa dan suhu semasa, yang boleh anda ketik untuk mendapatkan maklumat lanjut. Di bawah ialah ramalan ikut jam semasa yang diikuti oleh ramalan untuk 5 hari seterusnya. Sebaris titik di bahagian tengah bawah menunjukkan bilangan bandar. Ketik butang Edit di penjuru kanan bahawa untuk menambah atau memadamkan bandar.

Leret ke kiri atau kanan untuk melihat cuaca untuk bandar lain atau ketik butang info dan pilih bandar daripada senarai. Skrin paling kiri menunjukkan cuaca semasa anda.

  • Tambah bandar atau buat perubahan lain. Ketik butang info.

  • Tambah bandar:  Ketik butang tambah. Masukkan poskod, kemudian ketik Cari.

  • Susun semula tertib bandar:  Sentuh dan tahan bandar, kemudian seretnya ke atas atau bawah.

  • Padam bandar:  Leret bandar ke kiri, kemudian ketik Padam.

  • Pilih Fahrenheit atau Celsius:  Ketik °F atau °C.

  • Lihat ramalan cuaca semasa mengikut jam: Leret paparan ikut jam ke kiri atau kanan.

Senarai bandar dengan masa dan suhu semasa untuk setiap satunya.
  • Lihat semua bandar sekaligus. Cubit pada skrin atau ketik butang info.

  • Aktifkan atau nyahaktifkan cuaca tempatan. Pergi ke Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi. Lihat Privasi.

  • Gunakan iCloud untuk menolak senarai bandar anda ke peranti iOS anda yang lain. Pergi ke Seting > iCloud > Dokumen & Data dan pastikan bahawa Dokumen & Data aktif (ia aktif secara lalai). Lihat iCloud.