Gunakan FaceTime untuk membuat panggilan video atau audio ke peranti iOS lain atau komputer yang menyokong FaceTime. Kamera FaceTime membolehkan anda bercakap secara bersemuka; bertukar kepada kamera iSight belakang (tidak tersedia pada semua model) untuk berkongsi apa yang anda lihat di sekeliling anda.

Nota: FaceTime mungkin tidak tersedia dalam semua kawasan.

Skrin FaceTime yang menunjukkan panggilan sedang berlangsung dan mula pemanggil mengisi sebahagian besar skrin. Imej anda berada di kanan atas. Merentas bahagian bawah, dari kiri ke kanan, ialah butang Tukar Kamera, Tamat dan Senyap.

Dengan sambungan Wi-Fi dan Apple ID, anda boleh membuat dan menerima panggilan FaceTime (daftar masuk menggunakan Apple ID anda atau cipta akaun baru terlebih dahulu). Pada iPhone 4s atau lebih baru, anda juga boleh membuat panggilan FaceTime melalui sambungan data selular, yang mungkin dikenakan caj tambahan. Untuk menyahaktifkan ciri ini, pergi ke Seting > Selular Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan dan seting selular, lihat Seting Selular.