Edit pilihan termasuk pusing, tingkat auto, penapis, keluarkan mata merah dan pangkas.

Anda boleh mengedit foto terus pada iPhone. Semasa melihat foto dalam skrin penuh, ketik Edit, kemudian ketik salah satu alat.

  • Tingkat auto meningkatkan pendedahan, kontras, ketepuan dan kualiti lain pada foto.

  • Penapis foto membolehkan anda menggunakan kesan warna berlainan, termasuk hitam & putih.

  • Dengan alat Keluarkan Mata Merah, ketik setiap mata yang perlu dibetulkan.

  • Pangkas dengan menyeret penjuru pada grid.

Seret foto untuk menempatkannya semula, kemudian ketik Pangkas.

  • Tidak suka hasilnya? Ketik alat sekali lagi untuk kembali kepada yang asal.

Video dengan pemapar bingkai merentas bahagian atas. Butang potong berada di penjuru kanan atas.
  • Potong video. Ketik skrin untuk memaparkan kawalan, seret mana-mana satu hujung pemapar bingkai, kemudian ketik Potong.

Penting: Jika anda memilih untuk Potong Asal, bingkai yang dipotong dipadam secara kekal daripada video asal. Jika anda memilih “Simpan sebagai Klip Baru,” klip video baru yang dipangkas disimpan dalam album Jalur Filem dan video asal tidak terjejas.

  • Setkan bahagian Slo-Mo pada video. (iPhone 5s) Gunakan bar menegak di bawah pemapar bingkai untuk mengesetkan bahagian video yang anda mahu mainkan dalam gerak perlahan.