Anda boleh berkongsi foto dan video dalam e-mel, mesej teks (MMS atau iMessage) dan tweet dan pada Facebook dan Flickr. Video boleh dikongsi dalam e-mel dan mesej teks (MMS atau iMessage) dan pada YouTube, Facebook dan Vimeo. Anda juga boleh berkongsi foto dan video menggunakan Perkongsian Foto. Lihat Perkongsian Foto iCloud.
Kongsi atau salin foto atau video. Lihat foto atau video, kemudian ketik . Jika anda tidak melihat , ketik skrin untuk menunjukkan kawalan.
Had saiz bagi lampiran ditentukan oleh pembekal khidmat anda. iPhone mungkin memampatkan lampiran foto dan video, jika perlu.
Anda juga boleh menyalin foto dan video dan kemudian menampalnya ke dalam e-mel atau mesej teks (MMS atau iMessage).
Kongsi atau salin berbilang foto atau video. Semasa melihat mengikut detik, ketik Kongsi.
Simpan atau kongsi foto atau video yang anda terima.
E-mel: Ketik untuk memuat turunnya jika perlu, kemudian sentuh dan tahan item untuk melihat perkongsian dan pilihan lain.
Mesej teks: Ketik item dalam perbualan, kemudian ketik .
Foto dan video yang anda terima dalam mesej atau simpan daripada halaman web disimpan ke album Jalur Filem anda.