Foto membolehkan anda melihat:
Jalur Filem—foto dan video yang anda ambil dengan iPhone, atau disimpan daripada e-mel, mesej teks, halaman web atau petikan skrin.
Foto dan video dikongsi—Foto dan video yang anda kongsi dengan Perkongsian Foto iCloud atau yang dikongsi oleh orang lain dengan anda (lihat Perkongsian Foto iCloud)
Foto dan video yang diselaraskan dari komputer anda (lihat Selaraskan dengan iTunes)
Lihat foto dan video anda. Ketik Foto. Foto menyusun semula foto dan video anda mengikut tahun, mengikut koleksi dan mengikut detik secara automatik. Untuk melayari cepat foto dalam koleksi atau tahun, sentuh dan tahan untuk seketika, kemudian seret.
Secara lalai, Foto memaparkan subset wakil foto anda apabila anda melihat mengikut tahun atau mengikut koleksi. Untuk melihat semua foto anda, pergi ke Seting > Foto & Kamera untuk menyahaktifkan Ringkaskan Foto.
Lihat mengikut peristiwa atau mengikut muka. Album yang anda selaraskan dengan iPhoto 8.0 atau lebih baru, atau Aperture v3.0.2 atau lebih baru, boleh dilihat mengikut peristiwa atau mengikut muka. Ketik Album, kemudian skrol untuk mencari Peristiwa atau Muka.
Lihat mengikut lokasi. Semasa melihat mengikut tahun atau mengikut koleksi, ketik . Foto dan video yang termasuk maklumat lokasi muncul pada peta, menunjukkan tempat ia diambil.
Semasa melihat foto atau video, ketik untuk menunjukkan dan menyembunyikan kawalan. Leret ke kiri atau kanan untuk maju atau undur.
Zum masuk atau keluar. Dwiketik atau cubit dan regangkan foto. Apabila anda zum masuk, anda boleh seret untuk melihat bahagian lain foto.
Mainkan video. Ketik . Untuk menogol antara skrin penuh dan muat pada skrin, dwiketik paparan.
Mainkan tayangan slaid. Semasa melihat foto, ketik , kemudian ketik Tayangan Slaid. Pilih pilihan, kemudian ketik Mulakan Tayangan Slaid. Untuk menghentikan tayangan slaid, ketik skrin. Untuk setkan pilihan tayangan slaid lain, pergi ke Seting > Foto & Kamera.
Untuk menstrim tayangan slaid atau video ke TV, lihat AirPlay.