Kongsi strim foto dan video dengan orang yang anda pilih. Rakan yang anda pilih yang memiliki akaun iCloud—dan iOS 6 atau lebih baru atau OS X Mountain Lion atau lebih baru—boleh menyertai strim anda, melihat foto yang anda tambah dan meninggalkan komen. Jika mereka memiliki iOS 7 atau OS X Mavericks, mereka boleh menambah foto dan video mereka sendiri pada strim. Anda juga boleh menerbitkan strim anda ke tapak web awam untuk dilihat sesiapa sahaja.
Nota: Perkongsian Foto iCloud berfungsi menerusi rangkaian Wi-Fi dan rangkaian selular. Caj data selular mungkin dikenakan. Lihat Maklumat penggunaan.
Aktifkan Perkongsian Foto iCloud. Pergi ke Seting > iCloud > Foto.
Cipta strim dikongsi. Semasa melihat foto atau video atau apabila anda memilih berbilang foto atau video, ketik , ketik iCloud, ketik Strim, kemudian ketik Strim Dikongsi Baru. Anda boleh menjemput orang untuk melihat strim anda menggunakan alamat e-mel mereka atau nombor telefon mudah alih yang mereka gunakan untuk iMessage.
Dayakan tapak web awam. Pilih strim dikongsi, ketik Orang, kemudian aktifkan Tapak Web Awam. Ketik Kongsi Pautan jika anda mahu mengumumkan tapak.
Tambah item pada strim dikongsi. Lihat strim dikongsi, ketik , pilih item, kemudian ketik Selesai. Anda boleh menambah komen, kemudian ketik Siar. Anda juga boleh menambah item pada strim dikongsi apabila anda melihat foto atau album. Ketik , ketik iCloud, ketik Strim, kemudian pilih strim dikongsi atau cipta yang baru.
Padamkan foto daripada strim dikongsi. Pilih strim foto, ketik Pilih, pilih foto atau video yang anda mahu padamkan, kemudian ketik . Anda mestilah pemilik strim atau pemilik foto.
Padamkan komen daripada strim dikongsi. Pilih foto atau video yang mengandungi komen. Ketik dan tahan komen, kemudian ketik Padam. Anda mestilah pemilik strim atau pemilik komen.
Namakan semula strim foto. Semasa melihat Strim Dikongsi, ketik Edit, kemudian ketik nama dan masukkan nama baru.
Tambah atau keluarkan pelanggan atau aktifkan atau nyahaktifkan Pemberitahuan. Pilih strim foto, kemudian ketik Orang.
Langgan strim dikongsi. Apabila anda menerima jemputan, ketik tab Dikongsi (), kemudian ketik Terima. Anda juga boleh menerima jemputan dalam e-mel.
Tambah item pada strim dikongsi yang anda langgan. Lihat strim dikongsi, kemudian ketik , pilih item, kemudian ketik Selesai. Anda boleh menambah komen, kemudian ketik Siar.