• Cipta album baru. Ketik Album, ketik butang tambah, masukkan nama, kemudian ketik Simpan. Pilih foto dan video untuk ditambah pada album, kemudian ketik Selesai.

Nota: Album dicipta pada iPhone tidak diselaraskan kembali ke komputer anda.

  • Tambah item pada album sedia ada. Semasa melihat imej kecil, ketik Pilih, pilih item, ketik Tambah Ke, kemudian pilih album.

  • Uruskan album. Semasa melihat senarai album anda, ketik Edit.

  • Namakan semula album:  Pilih album, kemudian masukkan nama baru.

  • Susun semula album:  Seret butang susun semula.

  • Padam album:  Ketik butang padam.

Hanya album yang dicipta pada iPhone boleh dinamakan semula atau dipadamkan.