Game Center membolehkan anda bermain permainan kegemaran anda bersama rakan yang memiliki peranti iOS atau Mac (OS X Mountain Lion atau lebih baru). Anda mesti disambungkan ke Internet untuk menggunakan Game Center.
AMARAN: Untuk maklumat penting mengenai mengelakkan kecederaan pergerakan berulang, lihat Maklumat keselamatan penting.
Mulakan. Buka Game Center. Jika anda melihat nama samaran anda di bahagian atas skrin, maka anda telah mendaftar masuk. Jika tidak, anda akan diminta Apple ID dan kata laluan anda.
Dapatkan permainan. Ketik Permainan, kemudian ketik permainan yang disyorkan atau ketik Cari Permainan Game Center. Atau, dapatkan permainan yang dimiliki rakan anda (lihat Main permainan bersama rakan).
Main! Ketik Permainan, pilih permainan, ketik di kanan atas, kemudian ketik Main.
Daftar keluar? Anda tidak perlu mendaftar keluar apabila anda keluar daripada Game Center, tetapi jika anda mahu, pergi ke Seting > Game Center dan ketik Apple ID anda.