Buka buku. Ketik buku yang anda mahu baca. Jika anda tidak melihatnya dalam Pustaka, leret ke kiri atau kanan untuk melihat koleksi lain.
Tunjukkan kawalan. Ketik berhampiran bahagian tengah halaman. Bukan semua buku mempunyai kawalan yang sama, tetapi beberapa perkara yang boleh anda lakukan adalah termasuk mencari, melihat senarai kandungan dan berkongsi apa yang anda baca.
Besarkan imej Dwiketik imej. Dalam sesetengah buku, sentuh dan tahan untuk memaparkan kaca pembesar yang boleh anda gunakan bagi melihat imej.
Pergi ke halaman tertentu. Gunakan kawalan navigasi halaman di bahagian bawah skrin. Atau, ketik dan masukkan nombor halaman, kemudian ketik nombor halaman dalam hasil carian.
Dapatkan definisi. Dwiketik perkataan, kemudian ketik Tolak dalam menu yang muncul. Definisi tidak tersedia untuk semua bahasa.
Ingat tempat anda. Ketik untuk menambah penanda buku atau ketik untuk mengeluarkannya. Anda tidak perlu menambah penanda buku apabila anda menutup buku, kerana iBooks mengingati tempat anda tinggalkan sebelumnya. Anda boleh mempunyai berbilang penanda buku—untuk melihat kesemuanya, ketik , kemudian ketik Penanda Buku.
Ingati bahagian-bahagian yang menarik. Sesetengah buku membolehkan anda menambah serlahan dan nota. Dwiketik perkataan untuk memilihnya, gerakkan titik sambar untuk melaraskan pilihan, kemudian ketik Serlahan atau Nota dalam menu yang muncul. Untuk melihat semua serlahan dan nota yang anda buat, ketik , kemudian ketik Nota.
-
Kongsi bahagian-bahagian yang menarik. Ketik beberapa teks yang diserlahkan, kemudian ketik . Jika buku ialah daripada iBooks Store, pautan ke buku disertakan secara automatik.
Kongsi pautan ke buku. Ketik berhampiran bahagian tengah halaman untuk memaparkan kawalan, kemudian ketik . Ketik , kemudian ketik Kongsi Buku.
-
Tukar rupa buku. Sesetengah buku membolehkan anda menukar fon, saiz fon dan warna halaman. Ketik . Anda boleh menukar perwajaran dan sempang dalam Seting > iBooks. Seting ini digunakan pada semua buku yang menyokongnya.
Tukar kecerahan. Ketik . Jika anda tidak nampak , ketik dahulu.