Halaman buku terbuka. Merentas bahagian atas, dari kiri ke kanan, butang Pustaka, butang senarai kandungan, butang penampilan, butang carian dan butang tambah penanda buku. Di bahagian bawah ialah kawalan pemilih halaman.
  • Buka buku. Ketik buku yang anda mahu baca. Jika anda tidak melihatnya dalam Pustaka, leret ke kiri atau kanan untuk melihat koleksi lain.

  • Tunjukkan kawalan. Ketik berhampiran bahagian tengah halaman. Bukan semua buku mempunyai kawalan yang sama, tetapi beberapa perkara yang boleh anda lakukan adalah termasuk mencari, melihat senarai kandungan dan berkongsi apa yang anda baca.

  • Besarkan imej Dwiketik imej. Dalam sesetengah buku, sentuh dan tahan untuk memaparkan kaca pembesar yang boleh anda gunakan bagi melihat imej.

  • Pergi ke halaman tertentu. Gunakan kawalan navigasi halaman di bahagian bawah skrin. Atau, ketik butang carian dan masukkan nombor halaman, kemudian ketik nombor halaman dalam hasil carian.

  • Dapatkan definisi. Dwiketik perkataan, kemudian ketik Tolak dalam menu yang muncul. Definisi tidak tersedia untuk semua bahasa.

  • Ingat tempat anda. Ketik ikon reben penanda buku untuk menambah penanda buku atau ketik untuk mengeluarkannya. Anda tidak perlu menambah penanda buku apabila anda menutup buku, kerana iBooks mengingati tempat anda tinggalkan sebelumnya. Anda boleh mempunyai berbilang penanda buku—untuk melihat kesemuanya, ketik butang senarai kandungan, kemudian ketik Penanda Buku.

  • Ingati bahagian-bahagian yang menarik. Sesetengah buku membolehkan anda menambah serlahan dan nota. Dwiketik perkataan untuk memilihnya, gerakkan titik sambar untuk melaraskan pilihan, kemudian ketik Serlahan atau Nota dalam menu yang muncul. Untuk melihat semua serlahan dan nota yang anda buat, ketik butang senarai, kemudian ketik Nota.

  • Kongsi bahagian-bahagian yang menarik. Ketik beberapa teks yang diserlahkan, kemudian ketik butang kongsi. Jika buku ialah daripada iBooks Store, pautan ke buku disertakan secara automatik.

    Menu pop timbul menunjukkan kawalan untuk menukar waran serlahan atau nota, memadamkan dan berkongsi nota.

  • Kongsi pautan ke buku. Ketik berhampiran bahagian tengah halaman untuk memaparkan kawalan, kemudian ketik butang senarai kandungan. Ketik butang tindakan, kemudian ketik Kongsi Buku.

  • Tukar rupa buku. Sesetengah buku membolehkan anda menukar fon, saiz fon dan warna halaman. Ketik butang rupa. Anda boleh menukar perwajaran dan sempang dalam Seting > iBooks. Seting ini digunakan pada semua buku yang menyokongnya.

    Menu rupa menunjukkan kawalan untuk kecerahan, warna halaman dan paparan penskrolan.

  • Tukar kecerahan. Ketik butang kecerahan. Jika anda tidak nampak butang kecerahan, ketik butang rupa dahulu.