Senarai buku dalam pustaka. Merentas bahagian atas ialah butang untuk kedai, koleksi dan mengedit senarai. Merentas bahagian bawah ialah butang untuk mengisih senarai.
  • Susun buku anda dengan koleksi. Ketik Edit dan pilih beberapa buku untuk mengalihkannya ke dalam koleksi. Untuk mengedit atau mencipta koleksi, ketik nama koleksi semasa (di bahagian atas skrin). Beberapa koleksi terbina dalam, seperti PDF, tidak dapat dinamakan semula atau dipadamkan.

  • Lihat buku mengikut tajuk atau kulit. Tarik senarai buku ke bawah untuk mendedahkan kawalan, kemudian ketik paparan grid atau paparan senarai.

  • Susun semula buku. Semasa melihat buku mengikut kulit, sentuh dan tahan kulit, kemudian seretnya ke lokasi baru. Semasa melihat buku mengikut tajuk, isih senarai menggunakan butang di bahagian bawah skrin.

  • Cari buku. Tarikh ke bawah untuk mendedahkan medan Carian di bahagian atas skrin. Carian mencari tajuk dan nama pengarang.

  • Sembunyikan buku yang dibeli sebelumnya. Untuk menunjukkan atau menyembunyikan buku yang telah anda beli tetapi tidak dimuat turun, pergi ke Seting > iBooks > Tunjukkan Semua Pembelian.