Selain aplikasi terbina dalam dan aplikasi yang anda peroleh daripada App Store, organisasi anda mungkin mahukan anda mendapatkan aplikasi tertentu yang lain. Mereka mungkin memberi anda kod penebusan prabayar untuk App Store. Apabila anda memuat turun aplikasi menggunakan kod penebusan, anda memilikinya, walaupun organisasi anda telah membelinya untuk anda.

Organisasi anda juga boleh membeli lesen aplikasi App Store yang mereka beri kepada anda untuk satu tempoh masa, tetapi yang disimpan organisasi tersebut. Anda akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam program organisasi anda agar dapat mengakses aplikasi ini. Selepas anda mendaftar dengan akaun iTunes anda, anda digesa untuk memasang aplikasi ini apabila ia diberi kepada anda. Anda juga boleh menemuinya dalam senarai Dibeli dalam App Store. Aplikasi yang anda terima melalui cara ini dikeluarkan jika organisasi memberinya kepada orang lain.

Organisasi anda juga mungkin membangunkan aplikasi tersuai yang tiada dalam App Store. Anda memasangnya daripada halaman web atau jika organisasi anda menggunakan pengurusan peranti mudah alih, anda akan menerima pemberitahuan yang meminta anda memasangnya atas udara. Aplikasi ini dimiliki organisasi anda dan ia mungkin dikeluarkan atau berhenti berfungsi jika anda memadamkan profil konfigurasi atau membatalkan perkaitan iPhone daripada pelayan pengurusan peranti mudah alih.