Untuk menggunakan iPhone dengan akaun kerja anda, anda perlu mengetahui seting yang diperlukan oleh organisasi anda. Jika anda menerima iPhone anda daripada organisasi anda, seting dan aplikasi yang anda perlukan mungkin telah dipasang. Jika ini iPhone anda sendiri, pentadbir sistem anda mungkin memberi anda seting untuk anda masukkan atau mereka mungkin meminta anda bersambung ke pelayan pengurusan peranti mudah alih yang memasang seting dan aplikasi yang anda harus miliki.
Seting organisasi dan akaun lazimnya berada dalam profil konfigurasi. Anda mungkin diminta untuk memasang profil konfigurasi yang telah dihantar kepada anda dalam e-mel atau yang dimuat turun daripada halaman web. Apabila anda membuka fail tersebut, iPhone meminta kebenaran anda untuk memasang profil tersebut dan memaparkan maklumat mengenai kandungannya.
Dalam kebanyakan kes, apabila anda memasang profil konfigurasi yang menyediakan akaun untuk anda, beberapa seting iPhone tidak dapat ditukar. Sebagai contoh, organisasi anda mungkin mengaktifkan Kunci Auto dan memerlukan anda mengesetkan kod laluan untuk melindungi maklumat dalam akaun yang anda akses.
Anda boleh melihat profil anda dalam Seting > Umum > Profil. Jika anda memadamkan profil, semua seting dan akaun yang dikaitkan dengan profil turut dikeluarkan, termasuk sebarang aplikasi tersuai yang diberi organisasi anda atau meminta anda memuat turun. Jika anda memerlukan kod laluan untuk memadamkan profil, hubungi pentadbir sistem anda.