Butang Utama membawa anda ke Skrin Utama dan menyediakan pintasan lain yang menyenangkan.
Lihat aplikasi yang telah anda buka. Dwiklik butang Utama. Lihat Mulakan di skrin utama.
Gunakan Siri (iPhone 4s atau lebih baru) atau Kawalan Suara. Tekan dan tahan butang Utama. Lihat Kawalan Suara dan Lakukan permintaan.
Pada iPhone 5s, anda boleh menggunakan sensor dalam butang Utama untuk membaca cap jari anda, berbanding menggunakan kod laluan atau kata laluan Apple ID anda. Lihat Sensor Touch ID.
Anda juga boleh menggunakan butang Utama untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri kebolehcapaian. Lihat Pintasan Kebolehcapaian.