Butang Utama membawa anda ke Skrin Utama dan menyediakan pintasan lain yang menyenangkan.

Pada iPhone 5s, anda boleh menggunakan sensor dalam butang Utama untuk membaca cap jari anda, berbanding menggunakan kod laluan atau kata laluan Apple ID anda. Lihat Sensor Touch ID.

Anda juga boleh menggunakan butang Utama untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri kebolehcapaian. Lihat Pintasan Kebolehcapaian.