Semasa anda dalam panggilan atau mendengar lagu, filem atau media lain, butang di sisi iPhone melaraskan kelantangan audio. Jika tidak, butang mengawal kelantangan untuk pendering, isyarat dan kesan bunyi lain.
AMARAN: Untuk maklumat penting mengenai mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting.
Kunci kelantangan pendering dan isyarat. Pergi ke Seting > Bunyi dan nyahaktifkan “Tukar dengan Butang.” Untuk mengehadkan kelantangan untuk muzik dan video, pergi ke Seting > Muzik > Had Kelantangan.
Nota: Di sesetengah negara Kesatuan Eropah (EU), iPhone mungkin memberi amaran bahawa anda mengesetkan kelantangan melebihi paras yang disyorkan oleh EU untuk keselamatan pendengaran. Untuk meningkatkan kelantangan melangkaui paras ini, anda mungkin perlu melepaskan kawalan kelantangan buat seketika. Untuk mengehadkan kelantangan maksimum headset ke paras ini, pergi ke Seting > Muzik > had Kelantangan dan aktifkan had Kelantangan EU. Untuk mengelakkan perubahan pada had kelantangan, pergi ke Seting > Umum > Pengehadan.
Anda juga boleh menggunakan butang kelantangan untuk mengambil gambar atau merakam video. Lihat Ambil foto dan rakam video.