Petik suis Dering/Senyap untuk memasukkan iPhone ke mod dering atau mod senyap .

Bahagian atas iPhone dengan dua gambaran dekat suis Dering/Senyap—satu menunjukkan suis disetkan ke dering (iaitu, ke arah bahagian depan iPhone) dan satu lagi menunjukkan suis disetkan ke senyap (ke arah bahagian belakang iPhone, dengan bar oren pada suis kelihatan).

Dalam mod dering, iPhone memainkan semua bunyi. Dalam mod senyap, iPhone tidak berdering atau memainkan isyarat dan kesan bunyi lain.

Penting: Penggera jam, aplikasi audio seperti Muzik dan banyak permainan memainkan bunyi menerusi speaker terbina dalam apabila iPhone berada dalam mod senyap. Di sesetengah kawasan, kesan bunyi untuk Kamera dan Memo Suara dimainkan walaupun suis Dering/Senyap disetkan ke senyap.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai menukar seting bunyi dan getaran, lihat Bunyi dan kesenyapan.

  • Gunakan Jangan Ganggu. Anda juga boleh menyenyapkan panggilan, isyarat dan pemberitahuan menggunakan Jangan Ganggu. Leret ke atas dari pinggir bawah skrin untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Jangan Ganggu. Lihat Jangan Ganggu.