Panduan ini menerangkan ciri-ciri iOS 7.1 dan iPhone 4, iPhone 4s, iPhone 5, iPhone 5c dan iPhone 5s.

iPhone 5s

Bahagian atas, depan, bawah dan belakang iPhone 5s. Petak bual menunjukkan butang fizikal dan ciri lain, termasuk butang Tidur/Bangun di atas, suis Dering/Senyap dan butang kelantangan di sisi, dulang kad SIM di sisi bertentangan dan bicu headset, penyambung Lightning mikrofon dan speaker di bahagian bawah. Di bahagian depan, di bahagian atas, ialah kamera FaceTime dan mikrofon penerima/depan. Butang Utama terletak di bahagian bawah tengah iPhone. Di bahagian belakang ialah kamera iSight, mikrofon belakang dan denyar LED. Paparan Berbilang Sentuhan menggunakan sebahagian besar bahagian depan iPhone, di sini menunjukkan skrin Utama dengan aplikasinya dan bar status merentasi bahagian atas.

iPhone 5c

Bahagian atas, depan, bawah dan belakang iPhone 5c. Petak bual menunjukkan butang fizikal dan ciri lain, termasuk butang Tidur/Bangun di atas, suis Dering/Senyap dan butang kelantangan di sisi, dulang kad SIM di sisi bertentangan dan bicu headset, penyambung Lightning mikrofon dan speaker di bahagian bawah. Di bahagian depan, di bahagian atas, ialah kamera FaceTime dan mikrofon penerima/depan. Butang Utama terletak di bahagian bawah tengah iPhone. Di bahagian belakang ialah kamera iSight, mikrofon belakang dan denyar LED. Paparan Berbilang Sentuhan menggunakan sebahagian besar bahagian depan iPhone, di sini menunjukkan skrin Utama dengan aplikasinya dan bar status merentasi bahagian atas.

Ciri dan aplikasi iPhone anda mungkin berbeza-beza bergantung pada model iPhone yang anda miliki dan lokasi, bahasa dan pembawa anda. Untuk mengetahui ciri yang disokong dalam kawasan anda, lihat www.apple.com/ios/feature-availability.

Nota: Aplikasi yang menghantar atau menerima data menerusi rangkaian selular mungkin dikenakan caj tambahan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat mengenai kadar pelan dan bayaran iPhone anda.