Ikon dalam bar status di bahagian atas skrin memberikan maklumat mengenai iPhone:
Ikon status |
| Apakah maksudnya |
---|---|---|
Isyarat sel | Anda berada dalam liputan rangkaian selular dan boleh membuat dan menerima panggilan. Jika tiada isyarat, “Tiada Servis” akan muncul. | |
Mod Pesawat | Mod Pesawat diaktifkan—anda tidak boleh membuat panggilan telefon dan fungsi wayarles lain mungkin dinyahdayakan. Lihat Perjalanan dengan iPhone. | |
LTE | Rangkaian LTE pembawa anda tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. (iPhone 5 atau lebih baru. Tidak tersedia di semua kawasan.) Lihat Seting Selular. | |
UMTS | Rangkaian 4G UMTS (GSM) atau LTE pembawa anda (bergantung pada pembawa) tersedia dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. (iPhone 4s atau lebih baru. Tidak tersedia di semua kawasan.) Lihat Seting Selular. | |
UMTS/EV-DO | Rangkaian 3G UMTS (GSM) atau EV-DO (CDMA) pembawa anda tersedia, dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. Lihat Seting Selular. | |
EDGE | Rangkaian EDGE (GSM) pembawa anda tersedia, dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. Lihat Seting Selular. | |
GPRS/1xRTT | Rangkaian GPRS (GSM) atau 1xRTT (CDMA) pembawa anda tersedia, dan iPhone boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian tersebut. Lihat Seting Selular. | |
Wi-Fi | iPhone disambungkan ke Internet melalui rangkaian Wi-Fi. Lihat Sambung ke Wi-Fi. | |
Jangan Ganggu | “Jangan Ganggu” diaktifkan. Lihat Jangan Ganggu. | |
Hotspot Peribadi | iPhone menyediakan Hotspot Peribadi untuk peranti lain. Lihat Hotspot Peribadi. | |
Penyelarasan | iPhone sedang diselaraskan dengan iTunes. | |
Aktiviti rangkaian | Menunjukkan bahawa terdapat aktiviti rangkaian. Beberapa aplikasi pihak ketiga juga mungkin menggunakannya untuk menunjukkan proses aktif. | |
Memajukan Panggilan | Pemajuan Panggilan disediakan. Lihat Pemajuan panggilan, panggilan menunggu dan ID pemanggil. | |
VPN | Anda bersambung kepada rangkaian menggunakan VPN. Lihat Akses rangkaian. | |
TTY | iPhone disetkan untuk berfungsi dengan mesin TTY. Lihat Sokongan TTY. | |
Kunci orientasi potret | Skrin iPhone dikunci dalam orientasi potret. Lihat Setkan orientasi skrin. | |
Penggera | Penggera disetkan. Lihat Penggera dan pemasa. | |
Perkhidmatan Lokasi | Item sedang menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Lihat Privasi. | |
Bluetooth® |
Ikon biru atau putih: Bluetooth aktif dan dipasangkan dengan peranti. Ikon kelabu: Bluetooth aktif. Jika iPhone dipasangkan dengan peranti, peranti mungkin di luar liputan atau telah dimatikan. Tiada ikon: Bluetooth dinyahaktifkan. Lihat Peranti Bluetooth. | |
Bateri Bluetooth | Menunjukkan paras bateri peranti Bluetooth yang dipasangkan. | |
Bateri | Menunjukkan paras bateri iPhone atau status pengecasan. Lihat Cas dan pantau bateri. |