-
Layari ikut genre. Ketik salah satu kategori (Muzik, Filem atau Rancangan TV). Ketik Genre untuk memperincikan senarai.
Jika anda tahu apa yang anda cari, ketik Cari. Masukkan info dalam medan carian, kemudian ketik Cari sekali lagi.
Temui muzik hebat yang baru pada iTunes Radio. Apabila anda mendengar iTunes Radio dan mendengar lagu yang anda suka, anda boleh bersambung ke iTunes Store untuk membelinya, menambahnya pada senarai keinginan anda atau mencari muzik serupa. Lihat iTunes Radio.
Pratonton lagu atau video. Ketik padanya.
-
Bosan kerana kerap mengetik Lagi? Untuk menyusunkan semula butang, ketik Lagi, kemudian ketik Edit. Untuk menggantikan ikon, seret ikon lain ke atas ikon yang anda mahu gantikan. Kemudian ketik Selesai.