Untuk mengesetkan pilihan bagi iTunes Store, pergi ke Seting > iTunes & App Store. Anda boleh:
Lihat atau edit akaun anda. Ketik Apple ID, kemudian ketik Lihat Apple ID. Untuk menukar kata laluan anda, ketik medan Apple ID.
Daftar masuk menggunakan Apple ID lain. Ketik nama akaun anda, kemudian ketik Daftar Keluar. Anda kemudian boleh memasukkan Apple ID lain.
Aktifkan iTunes Match. Jika anda pelanggan, ketik iTunes Match agar anda boleh mengakses muzik anda pada iPhone di mana-mana sahaja.
Nyahaktifkan muat turun automatik. Ketik Muzik, Buku atau Kemas Kini. Kandungan dikemas kini secara automatik melalui Wi-Fi, melainkan anda menyahaktifkan pilihan dalam Muat Turun Automatik.
Muat turun pembelian menggunakan rangkaian selular. Aktifkan Gunakan Data Selular. Memuat turun pembelian dan menggunakan iTunes Match melalui rangkaian selular boleh dikenakan caj pembawa.