Untuk mengesetkan pilihan bagi iTunes Store, pergi ke Seting > iTunes & App Store. Anda boleh:

  • Lihat atau edit akaun anda. Ketik Apple ID, kemudian ketik Lihat Apple ID. Untuk menukar kata laluan anda, ketik medan Apple ID.

  • Daftar masuk menggunakan Apple ID lain. Ketik nama akaun anda, kemudian ketik Daftar Keluar. Anda kemudian boleh memasukkan Apple ID lain.

  • Aktifkan iTunes Match. Jika anda pelanggan, ketik iTunes Match agar anda boleh mengakses muzik anda pada iPhone di mana-mana sahaja.

  • Nyahaktifkan muat turun automatik. Ketik Muzik, Buku atau Kemas Kini. Kandungan dikemas kini secara automatik melalui Wi-Fi, melainkan anda menyahaktifkan pilihan dalam Muat Turun Automatik.

  • Muat turun pembelian menggunakan rangkaian selular. Aktifkan Gunakan Data Selular. Memuat turun pembelian dan menggunakan iTunes Match melalui rangkaian selular boleh dikenakan caj pembawa.