Jika anda mempunyai akaun iCloud, akaun Microsoft Exchange atau akaun CalDAV yang disokong, anda boleh menghantar dan menerima jemputan mesyuarat.
Jemput orang lain ke peristiwa. Ketik peristiwa, ketik Edit, kemudian ketik Peserta. Taipkan nama atau ketik untuk memilih orang daripada Kenalan.
RSVP. Ketik peristiwa yang anda dijemput atau ketik Peti Masuk dan ketik jemputan. Jika anda menambah komen (yang mungkin tidak tersedia untuk semua kalendar) komen anda dapat dilihat oleh penganjur tetapi bukan oleh peserta lain. Untuk melihat peristiwa yang anda tolak, ketik Kalendar, kemudian aktifkan Tunjukkan Peristiwa Ditolak.
Jadualkan mesyuarat tanpa menyekat jadual anda. Ketik peristiwa, kemudian ketik Ketersediaan dan ketik “lapang.” Atau jika ini peristiwa yang anda cipta, ketik “Tunjukkan Sebagai” dan ketik “lapang.” Peristiwa kekal pada kalendar anda, tetapi ia tidak dipaparkan sebagai sibuk kepada orang yang menghantar jemputan kepada anda.