HDR (“julat dinamik tinggi”) membantu anda mendapatkan tangkapan hebat, walaupun dalam situasi berkontras tinggi. Bahagian terbaik daripada tiga tangkapan pantas, yang diambil pada pendedahan berlainan (panjang, biasa dan pendek) diadunkan bersama menjadi satu foto.
Gunakan HDR. (Kamera iSight dan kamera FaceTime iPhone 5s) Ketik butang HDR di bahagian atas skrin. Untuk hasil terbaik, pastikan iPhone dan subjek pegun. (Denyar dimatikan untuk tangkapan HDR.)
Pada iPhone 5s, anda boleh memilih HDR Auto dan iPhone akan menggunakan HDR apabila ia paling berkesan.
Simpan foto biasa sebagai tambahan kepada versi HDR. Pergi ke Seting > Foto dan Kamera.
Versi HDR foto anda dalam Jalur Filem ditandakan dengan “HDR” di penjuru.