Akses Dibantu membantu pengguna iPhone untuk kekal memfokus pada tugas tertentu. Akses Dibantu mengkhususkan iPhone kepada satu aplikasi dan membolehkan anda mengawal ciri aplikasi. Gunakan Akses Dibantu untuk:
Hadkan iPhone kepada aplikasi tertentu buat sementara
Nyahdayakan kawasan pada skrin yang tidak tersedia kepada tugas, atau kawasan di mana gerak isyarat tidak disengajakan mungkin menyebabkan gangguan perhatian
Nyahdayakan butang Tidur/Bangun atau kelantangan iPhone
Aktifkan Akses Dibantu. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Akses Dibantu, di mana anda boleh:
Aktifkan atau nyahaktifkan Akses Dibantu
Setkan kod laluan yang mengawal penggunaan Akses Dibantu dan mengelakkan seseorang daripada meninggalkan sesi
Setkan sama ada pintasan kebolehcapaian lain tersedia semasa sesi
Mulakan sesi Akses Dibantu. Buka aplikasi yang anda ingin jalankan, kemudian klik tiga kali butang Utama. Laraskan seting untuk sesi, kemudian klik Mula.
Nyahdayakan kawalan aplikasi dan kawasan pada skrin aplikasi: Bulatkan sebarang bahagian skrin yang anda ingin nyahdayakan. Gunakan pemegang untuk melaraskan kawasan.
Dayakan butang Tidur/Bangun atau Kelantangan iPhone: Ketik Pilihan dan aktifkan butang.
Abaikan semua skrin sentuh: Nyahaktifkan Sentuhan.
Pastikan iPhone tidak bertukar daripada potret kepada landskap atau daripada memberi respons kepada sebarang pergerakan lain: Nyahaktifkan Pergerakan.
Tamatkan sesi Akses Dibantu. Klik tiga kali butang Utama, masukkan kod laluan Akses Dibantu dan ketik Tamat.