Akses Dibantu membantu pengguna iPhone untuk kekal memfokus pada tugas tertentu. Akses Dibantu mengkhususkan iPhone kepada satu aplikasi dan membolehkan anda mengawal ciri aplikasi. Gunakan Akses Dibantu untuk:

  • Hadkan iPhone kepada aplikasi tertentu buat sementara

  • Nyahdayakan kawasan pada skrin yang tidak tersedia kepada tugas, atau kawasan di mana gerak isyarat tidak disengajakan mungkin menyebabkan gangguan perhatian

  • Nyahdayakan butang Tidur/Bangun atau kelantangan iPhone

  • Aktifkan Akses Dibantu. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Akses Dibantu, di mana anda boleh:

  • Aktifkan atau nyahaktifkan Akses Dibantu

  • Setkan kod laluan yang mengawal penggunaan Akses Dibantu dan mengelakkan seseorang daripada meninggalkan sesi

  • Setkan sama ada pintasan kebolehcapaian lain tersedia semasa sesi

  • Mulakan sesi Akses Dibantu. Buka aplikasi yang anda ingin jalankan, kemudian klik tiga kali butang Utama. Laraskan seting untuk sesi, kemudian klik Mula.

  • Nyahdayakan kawalan aplikasi dan kawasan pada skrin aplikasi:  Bulatkan sebarang bahagian skrin yang anda ingin nyahdayakan. Gunakan pemegang untuk melaraskan kawasan.

  • Dayakan butang Tidur/Bangun atau Kelantangan iPhone:  Ketik Pilihan dan aktifkan butang.

  • Abaikan semua skrin sentuh:  Nyahaktifkan Sentuhan.

  • Pastikan iPhone tidak bertukar daripada potret kepada landskap atau daripada memberi respons kepada sebarang pergerakan lain:  Nyahaktifkan Pergerakan.

  • Tamatkan sesi Akses Dibantu. Klik tiga kali butang Utama, masukkan kod laluan Akses Dibantu dan ketik Tamat.