-
Laraskan seting asas. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Kawalan Suis, yang mana anda boleh:
Menambah suis
Menyahaktifkan pengimbasan auto (jika anda telah menambah Suis “Beralih ke Item Seterusnya”)
Laraskan selang masa pengimbasan
Setkan pengimbasan untuk menjeda pada item pertama dalam kumpulan
Pilih bilangan kali untuk mengitar menerusi skrin sebelum menyembunyikan Kawalan Suis
Aktifkan atau nyahaktifkan Ketik Auto dan setkan selang masa untuk melakukan tindakan suis kedua untuk menunjukkan menu kawalan
Setkan sama ada tindakan pergerakan diulang apabila anda menahan suis dan masa yang anda perlu tunggu sebelum mengulanginya
Setkan sama ada dan masa yang anda perlu menahan suis sebelum ia diterima sebagai tindakan suis
Dayakan Kawalan Suis untuk mengabaikan cetusan suis berulang yang tidak disengajakan
Laraskan kelajuan pengimbasan tuding
Aktifkan kesan bunyi atau pertuturan
Pilih item yang anda mahu lihat dalam menu.
Jadikan kursor pemilihan besar atau dalam warna berlainan
Setkan sama ada item perlu dihimpunkan semasa pengimbasan item
Simpan gerak isyarat yang boleh anda pilih daripada bahagian Tindakan menu kawalan.
-
Perhaluskan Kawalan Suis. Pilih Seting daripada menu kawalan untuk:
Melaraskan kelajuan pengimbasan
Tukar lokasi menu kawalan
Bertukar antara mod pengimbasan item dan mod pengimbasan tuding
Pilih sama ada mod pengimbasan tuding memaparkan rerambut silang atau grid
Balikkan arah pengimbasan
Aktifkan atau nyahaktifkan iringan bunyi atau pertuturan
Nyahaktifkan kumpulan untuk mengimbas item satu per satu