Anda boleh menggunakan mana-mana daripada ini sebagai suis:
Suis adaptif luaran. Pilih daripada beraneka jenis suis USB atau Bluetooth popular.
Skrin iPhone. Ketik skrin untuk mencetuskan suis.
Kamera FaceTime iPhone. Gerakkan kepala anda untuk mencetuskan suis. Anda boleh menggunakan kamera sebagai dua suis; satu apabila anda menggerakkan kepala anda ke kiri dan satu lagi apabila anda menggerakkan kepala anda ke kanan.
Tambah suis dan pilih tindakannya. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Kawalan Suis > Suis.
Aktifkan Kawalan Suis. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Kawalan Suis.
Nyahaktifkan Kawalan Suis. Gunakan sebarang kaedah pengimbasan untuk memilih Seting > Umum > Kebolehcapaian > Kawalan Suis.
Keluar! Klik tiga kali butang Utama pada bila-bila masa untuk keluar daripada Kawalan Suis.